Khamis, 16 Julai 2020

JAKIM dekati masyarakat Orang Asli



Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my


"SAYA berasa bertuah, terharu dan gembira serta lebih tenang selepas memeluk agama Islam, lebih-lebih lagi saya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary," kata Rosni Harun, 18.

Anak kelahiran Pos Titom di Lipis yang kini menuntut di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan menyifatkan dirinya bertuah dan ingin menghayati ajaran Islam secara lebih mendalam.

Menurutnya, dia tidak menyangka hatinya terdetik untuk memeluk agama Islam di kampungnya sendiri selepas sekian lama menyimpan hasrat itu apabila banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di sekolah.

Sementara itu, Tok Batin Pos Titom, Ramli Bahminhan, 56, berkata, dia tidak berasa akan terasing selepas memeluk Islam kerana sering bercampur dengan orang Melayu dan Orang Asli di kampung lain yang sudah memeluk Islam.

"Sebelum ini, ramai yang menganggap saya sudah beragama Islam kerana cara hidup saya seperti orang Islam, tambahan pula tiga anak saya sudah terlebih dahulu memeluk agama Islam sebelum ini.

"Saya berharap pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat menyediakan guru agama untuk membimbing kami khususnya dalam cara solat dan amalan seharian yang tidak bercanggah dengan Islam.," katanya.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, JAKIM akan terus mendekati masyarakat Orang Asli melalui bahagian dakwah dengan menghantar guru agama untuk rmembantu mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan mereka yang sudah memeluk Islam.

Menurutnya, pasukan penggerak ini selain menjaga kebajikan Orang Asli turut menjalankan kerja dakwah.

"Usaha berterusan ini dilakukan baik di kawasan bandar dan luar bandar bagi memastikan pemantapan ajaran Islam kepada masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk Islam tidak terabai.

"Kita juga mengambil pendekatan turun padang, mendekati secara langsung kumpulan sasar di peringkat akar umbi, bertujuan supaya pendakwah dapat menyelami dengan lebih dekat denyut nadi mereka" katanya.

Beliau berkata demikian selepas program agihan sumbangan Tabung Musa'adah kepada 50 keluarga dan Majlis Syahadah Orang Asli di Pos Titom semalam.

Di majlis itu, seramai lapan orang masyarakat Orang Asli Pos Titom memeluk agama Islam.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 3:29 PM
Kreadit : Harian Metro Online

Mula banci 1.9 juta rakyat Kelantan



Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my


KELANTAN melakukan bancian ke atas 1.9 juta penduduk termasuk Orang Asli mengikut dua fasa yang dijadual berakhir 24 Oktober.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, Zuraidy Zainal Abidin berkata, fasa pertama proses itu yang bermula Selasa lalu ialah mengumpul data dalam talian (e-Census) yang berakhir 30 September, manakala fasa kedua babitkan pengumpulan data bersemuka hingga 24 Oktober.

Katanya, 20,000 penduduk Orang Asli di Gua Musang dan Jeli turut dibanci.

"Untuk fasa pertama, kita sasarkan 30,000 kediaman dilawati pegawai bancian dan setakat ini 3,000 sudah dikunjungi membabitkan Kota Bharu, Tanah Merah, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

"Kaedahnya adalah dengan menghantar poskad Banci Malaysia 2020 ke rumah dikenal pasti, yang mana poskad itu mempunyai nombor ID unik bagi membolehkan isi rumah mendaftar masuk ke dalam sistem e-Census.

"Penduduk dipilih adalah yang tinggal di kawasan mempunyai akses internet tinggi," katanya yang ditemui ketika meninjau bancian secara e-Census di Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, hari ini.

Zuraidy berkata, isi rumah yang tidak menerima poskad itu boleh membuat pendaftaran secara dalam talian bagi mendapatkan maklumat untuk mengakses sistem e-Census.

Katanya, fasa kedua pula akan menyusul, membabitkan 5,200 penyelia dan pembanci yang mengutamakan penduduk di kawasan sukar memperoleh akses Internet.

Dalam pada itu, beliau berkata pembanci boleh dikenal pasti berdasarkan etika pemakaian dan kad pengenalan pembanci yang disertakan nama lengkap, nombor kad pengenalan serta nombor siri pembanci ditandatangani Penolong Pesuruhjaya Banci kawasan.

"Jika mencurigakan, responden boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-7720 atau pegawai berkaitan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 2:00 PM
Kreadit : Harian Metro

Tiga hari gotong-royong baiki jalan ke sekolah



Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my

GURU dan penduduk di kawasan perkampungan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenjang, Lipis bergotong-royong membaiki jalan rosak teruk dan becak bagi ia dilalui apabila murid kembali ke sekolah, esok.

Guru Besar SK Lenjang, Nordin Mohd Noor berkata, kerja itu dilakukan bersama penduduk kampung sejak tiga hari lalu membabitkan beberapa laluan rosak teruk dan ditakungi air.

"Sekolah ini mempunyai 25 guru dan sebahagian sibuk membuat persiapan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) apabila sekolah kembali dibuka mulai esok manakala sebahagian lagi bergotong-royong membaiki jalan rosak teruk.

"Kami mempunyai 395 murid dan hanya 180 orang tinggal di asrama manakala yang lain tinggal bersama ibu bapa dan paling jauh satu kilometer dari sekolah," katanya.

Nordin berkata, walaupun jalan itu sudah ditender untuk jalan baru dari Betau ke Lenjang, pihaknya tidak pasti bila projek berkenaan akan dimulakan dan kebanyakan guru menggunakan motosikal atau kenderaan pacuan empat roda untuk ke bandar Kuala Lipis atau menghadiri mesyuarat.

Malah, katanya, sudah menjadi perkara biasa apabila guru terjatuh dari motosikal di laluan licin khususnya selepas hujan untuk ke Kuala Lipis atau sebaliknya.

SK Lentang terletak 70 kilometer dari bandar Kuala Lipis membabitkan 15 kilometer jalan balak dan 13 kilometer jalan berturap yang pecah dan rosak.

"Hari ini hari terakhir 15 guru dan 13 wakil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bergotong-royong membaiki jalan ini setelah melakukannya sejak tiga hari lalu.

"Kami mengorek tanah kawasan berselut dan berair sebelum meletakkan pasir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 9:07 PM
Creadit : Harian Metro

Isnin, 4 Mei 2020

Live Call of Duty Mobile

Saya bukan Ramboo ini lah slogan pendek saya apabila bermain Game Call of Duty, jangan pelik ye hahaha.

Dahulu tidak ada game Best macam ini


Jom Subscribe Channel Saya untuk menerima Video seterusnya :

...

Ahad, 23 Jun 2013

Pengenalan diri saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung serta pembaca. 

Saya bukan Ramboo tapi saya cuba bermain seperti Ramboo dalam Filem hahaha.
Blog baru di wujudkan jadi segalanya masih lagi dalam pembinaan.

Niat nak jadi Pemain Professional seperti Pemain di luar sana, itu pun kalau berhasilah. 

Bermain CODM sudah hampir setahun dari Season 1 hingga season 4 sampai ke hari ini. 
Sudah lama saya tidak menulis blog ini, jadi susunan ayat tidaklah bagus seperti dahulu.

Sudah berumah tangga dan mempunyai 4 cahaya mata umur dah cecah 4 siri. Hobi bermain game tembak menembak macam game ini selain itu, saya juga ada bermain game PUBG MOBILE ialah asal ada game tembak tembak saya pasti joinla. 

Bermain game ini adalah sekadar hobi sahaja, bukan sepenuh masa, ada masa mainla, tak ada masa saya tidak main lah. 

Saya bekerja di sektor awam, jawatan rahsia tidak boleh bagi tahu haha. 

Dalam Game CODM saya mempunyai CLAN sendiri akan tetapi tiada siapa yang nak join sebab mungkin saya bukan lah seorang yang terbaik bermain CODM ini, tetapi saya tidak kisah. Kalau berminat joinla clan saya. 

Nama Clan saya "KKBSELANGOR" dalam Permainan Call of Duty, terpulang lah kalau nak join dan bermain dalam codm dengan saya. 

Nama clan kkbselangor bermaksud ialah " kuala kubu bharu selangor, saya menggunakan nama ini sebab saya tinggal di kuala kubu bharu selangor hahaha.

Ini la sedikit sebanyak pengenalan dari diri saya, kalau nak komen silalaj komen di bawah, sekian terima kasih.